Minggu, 07 Agustus 2011

hai jodoh ku..

Apa khabar jodohku? Sehatkah? Berat rasanya
kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan
kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga
malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa
menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu,
bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu.Tapi
sememangnya kerana perjalanan kita masih
panjang. Dan masih banyak kewajiban yg harus
kita penuhi.Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti
saat subuh tiba kau akan membangunkanku?
Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini
memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu
dengan kebaikan-kebaik an? Dan apakah nanti saat
zuhur tiba,kau akan meninggalkan kesibukanmu
sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin
aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu
tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin
kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik
ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan
mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku
berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg
ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula
harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu.
Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti
kehadiranmu yang kan membalut dan
menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan
Al-Qur'an mu? Sudahkah kau baca diantara
maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari
surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia
mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu,
aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari
sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu
berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu
yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v ´'`)
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang
nantinya akan membawa Rahmat untuk kita,
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.
Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
karena Allah
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan
mahu menerima segala kekuranganku. Dan
membenarkanku dikala aku salah. Sayang…
berusahalah membahagiakan orang tuamu…
dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku
yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang
cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan
pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini
masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu
dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku
yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang
benar. Amin…
`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v ´'`)
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini,
memang benar ini adalah tanda kerinduanku
kepadamu,Ingatl ah sayang..
aku selalu ada untukmu..Untuk itu jangan pernah
kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring
berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….

Tidak ada komentar:

Posting Komentar